Peribahasa

 
 Maksud Peribahasa
 
  • Peribahasa merupakan susunan kata yang mempunya maksud yang tersirat.
  • Peribahasa selalunya digunakan untuk menyampaikan teguran, nasihat, ingatan atau sindiran dalam bentuk kiasan yang digunakan sejak zaman dahulu  yang telah diwarisi sejak zaman berzaman.
  • Peribahasa merupakan kata-kata kiasan yang dicipta berdasarkan kehidupan seharian masyarakat. 
 
 Komponen Peribahasa
 
  • Peribahasa boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu simpulan bahasa, bidalan, perumpamaan dan pepatah.
 

Simpulan Bahasa

 
  • Simpulan bahasa bermakna rangkaian kata yang biasanya terdiri daripada dua atau tuga perkataan dan mempunyai maksud yang berlainan daripada makna asal perkataan tersebut.
  • Simpulan bahasa merupakan salah satu cabang peribahasa dan ianya adalah bentuk peribahasa yang paling mudah.
 
Simpulan Bahasa Maksud
Ajak-ajak ayam Tidak bersungguh-sungguh semasa mengajak seseorang
Anak emas Anak yang disayangi oleh ibu bapa atau orang atasan
Batu api Orang yang suka menhasut orang lain
Lupa daratan  Melupakan asal usul setelah mendapat kemewahan
 
 

Bidalan

 
  • Bidalan merupakan susunan kata-kata yang sering digunakan untuk memberi nasihat dan pengajaran.
  • Bidalan tidak didahului oleh kata sendi nama contohnya seperti, bagai dan umpama.
  • Berikut adalah maksud dan contoh ayat bidalan. 
 
Maksud Contoh ayat
Biar mati anak, jangan mati adat
Orang yang kuat berpegang pada adat Banyak adat lama masih diamalkan oleh masyarakat kini, kerana orang perpegang kepada biar mati anak jangan mati adat
Biar putih tulang jangan putih mata
Lebih baik mati daripada tidak dapat apa yang diidam Leftenan Adnan sanggup menggadai nyawa mempertahankan tanah air kerana baginya, biar putih tulang, jangan putih mata. 
Ada udang sebalik batu
Ada sesuatu yang dimahukan di sebalik perkara yang dilakukan Lelaki yang selalu datang rumah Hashim agak mencurigakan kerana daripada tingkah lakunya seolah-olah ada udang di sebalik batu.
Musang berbulu ayam
Orang jahat berpura-pura baik  "Kita perlu berhati-hati dengan orang yang tidak kita kenali. Berkemungkinan mereka adalah musang berbulu ayam" kata Amin kepada adik-adiknya
 
 

Perumpamaan

 
Perumpamaan ialah susunan kata-kata ringkas yang mempunyai maksud tersirat. Perumpamaan selalunya didahului oleh kata sendi nama contohnya seperti, bagai dan umpama.
 
Perumpamaan  Makna perumpamaan
Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing Hanya mementingkan diri sendiri walaupun berada dalam satu kumpulan
Bagai aiur dengan tebing Tolong-menolong di antara satu sama lain
Seperti anjing dengan kucing Adik-beradik yang suka bergaduh 
Seperti mencurahkan air ke daun keladi Memberi nasihat kepada orang yang tidak mempedulikan nasihat itu 
Bagaimana acuan begitulah kuihnya Perangai anak biasanya mengikut orang yang mengasuhnya 
 
 

Peribahasa

 
  • Peribahasa ialah susunun kata yang mempunyai makna yang tertentu dan ianya selalu digunakan untuk menyampaikan nasihat, teguran atau sindiran.
  • Berikut adalah contoh peribahasa dan maksudnya.
 
Peribahasa Makna peribahasa
Indah khabar dari rupa Perkara yang diceritakan melebih-lebih dari penceritaan yang asal
Ukur baju di badan sendiri Melakukan sesuatu perkara biarlah berdasarkan kemampuan diri sendiri
Genggam bara api biar sampai jadi arang Apabila melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah melakukan sehingga mencapai kejayaan
Alah membeli menang memakai Membeli sesuatu barang yang mahal asalkan barang itu mampu tahan lama.