Kata Tanya

 
11.1  Jenis kata tanya
 
  • Kata tanya ialah ayat yang digunakan untuk bertanyakan tentang sesuatu perkara.
  • Selalunya kata tanya akan diikuti dengan kata penegas -kah yang hadir pada penghujung ayat. 
 
Di bawah adalah fungsi dan jenis-jenis kata tanya.
 
Jenis kata tanya Fungsi kata tanya
Siapa Digunakan untuk bertanya mengenai orang atau manusia
Apa Digunakan untuk bertanya mengenai sesuatu yang tidak pasti 
Mana Digunakan untuk menanyakan sesuatu yang melibatkan arah atau tempat
Bila Digunakan untuk bertanya mengenai masa atau sesuatu tempoh masa
Berapa Lazimnya, digunakan untuk bertanya mengenai jumlah atau harga 
Mengapa Digunakan untuk mengetahui sebab perkara itu berlaku dengan lebih terperinci
Kenapa Digunakan untuk mengetahui sebab perkara itu berlaku
Bagaimana Digunakan untuk menanyakan keadaan atau cara untuk melakukan sesuatu
 
11.2  Struktur kata tanya
 
  • Kata tanya boleh dibahagikan kepada dua struktur iaitu ayat tanya dengan mengunakan kata tanya yang berakhir dengan 'kah' dan ayat tanya tanpa kata tanya.
  • Dibawah adalah contoh ayat tanya dengan kata tanya dan ayat tanya tanpa kata tanya.
 
Ayat tanya dengan kata tanya Ayat tanya tanpa kata tanya
Siapakah lelaki itu ? Meja itu rosak?
Berapakah jumlah pelajar yang menyertai pertandingan itu ? Awak sudah makan ? 
Mengapakah kamu tidak datang ke sekolah ? Cikgu itu guru kelas kamu?
Di manakah Ali tinggal ? Bila awak hendak membeli buku itu?