Kata Nama

 
  • Kata nama merupakan kata yang digunakan untuk memanggil benda, perkara atau sesuatu yang umum sifatnya.
  • Ianya selalu digunakan untuk menamakan orang atau sesuatu benda.
 
 Jenis Kata Nama
 
  • Kata nama boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu;
    • Kata nama am
    • Kata nama khas
 

Kata nama khas

  • Digunakan untuk memanggil nama bagi sesuatu yang khusus seperti nama orang, tempat dan benda.
  • Permulaan ejaan bagi kata nama khas perlu ditulis dalam huruf besar.

Kata nama am

  • Digunakan untuk menyebut sesuatu secara umum atau am.
  • Kata nama am perlu ditulis menggunakan huruf kecil kecuali pada permulaan ayat.
  • Kata nama am boleh dibahagi kepada dua iaitu konkrit dan abstrak.
    • Kata nama am konkrit adalah nama yang dapat dirasa, dipegang atau dilihat contohnya, tangan, meja dan rumah.
    • Kata nama am abstrak adalah berlawanan dengan konkrit di mana abstrak hanya boleh dibayangkan dan tidak dapat dilihat seperti mimpi, pendapat dan rancangan.
 
  • Berikut adalah contoh kata nama am dan kata nama khas yang digunakan untuk memanggil sesuatu perkara
 
Kegunaan Kata nama am Kata nama khas
Orang

cikgu

doktor

Cikgu Imran

Doktor Ahmad

Tempat

negara

bandar

Malaysia

Kuala Lumpur

Benda

kereta

bangunan

Proton

KLCC