Kata bilangan

 
  • Kata bilangan adalah kata yang digunakan untuk mengira frasa nama.
  • Contohnya mengira bilangan orang, binatang atau benda. 
 
 Jenis-jenis Kata Bilangan
 
  • Kata bilangan boleh dibahagikan kepada enam jenis dan setiap jenis mempunyai fungsi yang berbeza.
  • Berikut adalah jadual yang menunjukkan fungsi dan jenis kata bilangan.
 
Fungsi kata bilangan Contoh ayat
Kata bilangan tentu

Digunakan untuk mementukan bilangan tertentu seperti satu,seratus atau seribu.

Pak Ali membela 3 ekor ayam di rebannya.
Kata bilangan tak tentu

Digunakan untuk bilangan yang tidak psti jumlahnya dan bilangan yang tidak tentu.

Sebahagian penduduk kampung itu telah perpindah ke kawasan bandar
Kata bilangan pecahan

Digunakan untuk menunjukkan bilangan berbentuk pecahan.

Tiga suku dari jumlah murid Tingkatan 1 berbangsa Melayu.  
Kata bilangan pisahan

Merujuk kepada sesuatu bilangan yang berpisah. 

Siti menjual kuih tiap-tiap hari. 
Kata bilangan himpunan

Digunakan apabila bercakap mengenai jumlah tertentu dalam sesuatu himpunan. 

Kebun Pak Abu menghasilkan berpuluh-puluh bakul manga setiap tahun.  
Kata bilangan tingkat

Digunakan untuk menunjukkan giliran dalam sesuatu jumlah. 

Ali telah mendapat tempat yang pertama dalam pertandingan berpantun. 

 

 
 Kesilapan semasa menggunakan kata bilangan
 
  • Menggandakan kata bilangan yang tidak boleh digandakan seperti kata bilangan "pelbagai' dan "para".
  • Berikut adalah contoh penggunaan kata bilangan.
 
Salah Betul
Salmah telah menerima perbagai-pelbagai hadiah semasa sambutan hari jadinya. Salmah telah menerima pelbagai hadiah semasa hari jadinya.                                                     
Para-para pelajar diminta hadir pada sambutan hari guru yang bakal diadakan di sekolah nanti. Para pelajar diminta hadir pada sambutan hari guru yang bakal diadakan di sekolah nanti.
 
  • Menyingkatkan kata bilangan yang tidak boleh dipendekkan atau ditunggalkan.
 
Salah Betul
Abu ke sekolah pada tiap pagi. Abu ke sekolah pada tiap-tiap pagi.
Berbagai cabaran yang telah ditempuh oleh Amin sebelum mencapai kejayaan. Berbagai-bagai cabaran yang telah ditempuh oleh Amin sebelum mencapai kejayaan.
 
  • Tidak menggunakan kata bilangan himpunan dengan betul.
 
Salah Betul
Berbagai acara sukan yang diadakan pada sambutan hari sukan sekolah itu. Berbagai-bagai acara sukan yang diadakan pada sambutan hari sukan sekolah itu.
Kedua beradik itu telah terpisah sejak kecil lagi. Kedua-dua beradik itu telah terpisah sejak kecil lagi.