Kata Adjektif

 
  • Kata adjektif ialah kata yang diggunakan untuk menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama.
 
 Pengenalan kepada Kata Adjektif
 
  • Kata adjektif boleh dikenal pasti jika sesuatu kata itu boleh menerima kata penguat. 
  • Terdapat tiga jenis kata penguat iaitu
    • Kata penguat hadapan yang datang sebelum kata adjektif. 
    • Kata penguat belakang yang ada selepas kata adjektif.
    • Kata penguat bebas yang hadir sebelum atau selepas kata adjektif.
    • Contoh kata penguat boleh di lihat di rajah di bawah.
  • Contoh kata penguat boleh dilihat berdasarkan rajah di bawah.

Kata

Penguat

Hadapan

Kata

Penguat

Belakang

Kata

Penguat

Bebas

terlalu

paling

agak

sekali

betul

nian

amat

sangat

sungguh

 
 Jenis Kata Adjektif
 
  • Kata adjektif tunggal biasanya terdiri dari satu perkataan seperti gemuk, gelap, manis.
  • Kata adjektif terbitan adalah kata adjektif yang menerima imbuhan awalan, sisipan, akhiran dan apitan.
  • Kata adjektif ganda terbahagi kepada dua iaitu;
    • Kata ganda penuh di mana dilakukan dengan menggandakan kata adjektif tunggal untuk menjadikan sifat itu menyeluruh
    • Kata ganda berentak dilakukan secara berentak untuk menyesuaikan bunyi supaya ianya sesuai dengan kata adjektif dasar.
  • Kata adjektif majmuk adalah kata adjektif yang terhasil daripada dua atau lebih kata dasar yang membawa makna tertentu.
 

Kata Adjektif Tunggal

 
  • Kata adjektif tunggal ini wujud dalam satu bentuk kata tunggal atau satu perkataan sahaja.
  • Selain itu, kata adjektif tunggal juga wujud dalam bentuk kata dasar iaitu tanpa gabungan dengan imbuhan atau mengalami proses penggandaan.
  • Contoh kata adjektif tunggal adalah seperti di bawah.
    • Gadis cantik itu melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

    • Cara hidup jutawan itu amat sederhana.

 

Kata Adjektif Terbitan

 
  • Kata adjektif terbitan boleh terbahagi kepada tiga jenis iaitu;
    • Imbuhan awalan
    • Imbuhan apitan
    • Imbuhan sisipan.
  • Rajah di bawah menunjukkan jenis-jenis imbuhan dan contoh ayat.
 

Contoh

perkataan

Contoh ayat

Imbuhan Awalan

(se\(\underline{\hspace{0.5cm}}\), ter\(\underline{\hspace{0.5cm}}\))

sepandai, tertinggi, terkecil
  • Amin sepandai kakaknya.
  • Hakim pelajar tertinggi dalam kelas itu.

Imbuhan kata apitan

(ke\(\underline{\hspace{0.5cm}}\)an)

kemelayuan, kemerah-merahan
  • Walaupun Nadia sudah lama menetap di German, dia masih berpegang kepada adat kemelayuan.
  • Muka aiman kemerah-merahan apabila dimarahi oleh ibunya.

Imbuhan sisipan

( \(\underline{\hspace{0.5cm}}\)el\(\underline{\hspace{0.5cm}}\) , \(\underline{\hspace{0.5cm}}\)em\(\underline{\hspace{0.5cm}}\) )

telapak, gemuruh, gemilang
  • Telapak tangan ayah penuh dengan parut kerana banyak membuat kerja.
  • Majlis perkahwinan itu sungguh gemilang.
 

Kata Adjektif Berganda

 
  • Kata adjektif berganda terbahagi kepada dua iaitu;
    • Kata ganda penuh
      • Kata ganda penuh berlaku dengan menggandakan kata adjektif tunggal untuk menjadikan sifat itu menyeluruh. 
    • Kata ganda berentak
      • Kata ganda berentak dilakukan secara berentak untuk menyesuaikan bunyi supaya ianya sesuai dengan kata adjektif dasar.
  • Berikut adalah contoh penggunaan kata adjektif berganda.
 
Kata ganda penuh Kata ganda berentak
Kanak-kanak itu sedang bermain kejar-kejar Aiman berasa pening kepala apabila melalui jalan yang bengkang-bengkok itu.
Buku-buku disusun kemas di atas rak Guru disiplin telah mengambil tindakan disiplin serta-merta tarhadap murid yang terlibat dengan kes kecurian itu
 

Kata Adjektif Majmuk

 
  • Kata adjektif majmuk adalah kata adjektif yang terhasil daripada merangkaikan dua atau lebih kata dasar yang membawa makna tertentu.
  • Kata adjektif majmuk juga boleh digunakan dengan simpulan bahasa. 
  • Berikut adalah contoh perkataan dan ayat untuk kata adjektif majmuk.
 
Perkataan Contoh ayat yang boleh digunakan
Ringan tulang Sikap ali yang ringan tulang itu amat disukai oleh orang sekelilingnya
Kuning langsat Gadis berkulit kuning langsat itu telah memenangi pertandingan ratu cantik itu
Merah Jambu Tahun ini Ikmal memakai baju raya berwarna merah jambu