Ayat sama maksud

 
Komponen ayat sama maksud
 
  • Ayat sama maksud ialah ayat yang menyampaikan maksud yang sama tetapi menggunakan susunan ayat yang berbeza.
  • Ayat sama maksud datang dalam pelbagai jenis ayat seperti ayat perintah, ayat penyata dan ayat tanya.
  • Terdapat beberapa elemen yang perlu dikenal pasti sebelum menukarkan ayat asal ke ayat yang lain tapi membawa maksud yang sama.
  • Contoh boleh dilihat di bawah.
 
Perkara yang perlu dikenal pasti Keterangan
Apa Apakah perkara yang ingin disampaikan oleh pentutur kepada pendengar?
Siapa Siapakah yang terlibat dalam situasi ini?
Bila Bila perkara ini akan berlaku adakah perkara ini sudah terjadi atau belum terjadi?
 
Contoh ayat sama maksud
 
  • Di bawah adalah contoh ayat yang telah ditukar tetapi membawa maksud yang sama seperti ayat yang asal. 
 
Ayat sama maksud Elemen yang dikenal pasti
Puan Aini memberitahu Siti bahawa dia akan membawa Aiman berjumpa dengan doktor esok.
"Saya akan membawa Aiman berjumpa dengan doktor esok." Kata puan Aini kepada Siti.

Siapa: Puan Aini bercakap dengan Siti

Apa : Puan Aini ingin membawa Aiman berjumpa dengan doktor

Bila: Esok

Ibu menyuruh abang untuk mengemas ruang tamu pagi ini.
"Tolong bersihkan ruang tamu pagi ini." kata ibu kepada abang.

Siapa: Ibu menyuruh abang

Apa: Menyuruh untuk mengemas ruang tamu

Bila: pagi ini

"Rendang ayam dan ketupat yang dibuat oleh pak Bakar ini sungguh sedap" kata Salim kepada Aiman.
Salim memberitahu Aiman yang ketupat dan rendang ayam yang dibuat oleh Pak Bakar sungguh enak sekali

Siapa: Salim bercakap kepada Aiman

Apa: Rendang ayam dan ketupat yang dibuat oleh Pak Bakar itu sedap

"Suruh Aiman berjumpa dengan saya di bilik disiplin selepas waktu rehat." kata Cikgu Imran kepada Ali.
Cikgu Imran menyuruh Ali untuk memberitahu Aiman supaya berjumpa dengannya di bilik disiplin selepas waktu rehat.

Siapa: Cikgu Imran bercakap dengan Ali

Apa: Menyuruh Ali untuk menyampaikan pesanan kepada Aiman

Di mana: Di bilik disiplin

Bila : Selepas waktu rehat