Teknologi Hijau

10.4 Teknologi Hijau
 
Definisi Teknologi Hijau
Merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar serta alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
 
Penggunaan Teknologi Hijau dalam Melestarikan Alam
  • Teknologi hijau menjadi portfolio Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang ditubuhkan pada 27 Mac 2004 yang mengambil kira kesan jangka panjang dan jangka pendek sebarang aktiviti manusia terhadap alam sekitar.
  • Dasar Teknologi Hijau Negara (2009) menyatakan bahawa sebarang produk, peralatan atau sistem yang memenuhi kriteria seperti di bawah dikategorikan sebagai teknologi hijau.
    • Meminimumkan degradasi alam sekitar.
    • Mempunyai pembebasan gas rumah hijau yang rendah atau sifar.
    • Selamat digunakan dan menyediakan persekitaran yang sihat dan lebih baik untuk semua hidupan.
    • Menjimatkan tenaga dan sumber asli.
    • Menggalakkan penggunaan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.
 
Dasar Teknologi Hijau Negara
  • Dasar Teknologi Hijau Negara (DTHN) yang dilancarkan pada Julai 2009 menekankan pertumbuhan ekonomi negara dan pembangunan mampan.
  • Pembangunan mampan hendaklah memenuhi keperluan masyarakat kini tanpa mengabaikan keperluan generasi akan datang.
  • DTHN adalah berasaskan empat tonggak, iaitu tenaga, alam sekitar, ekonomi dan sosial.
 
Sumber Semula Jadi dan Kegunaannya
Sumber Semula Jadi Kegunaan
Tenaga solar Panel solar menukarkan tenaga solar kepada tenaga elektrik contohnya untuk pencahayaan di dalam bangunan.
Air Sistem penadahan air hujan digunakan semasa menyiram pokok dan mencuci tandas.
Bahan pembinaan Menggalakkan penggunaan bahan kitar semula.
 
Imej ini memaparkan infografik dengan tajuk ‘Amalan Berkonsepkan teknologi Hijau’. Terdapat empat poin utama yang disenaraikan dalam kotak biru muda dengan latar belakang berwarna kuning. Poin-poin tersebut adalah: 1. Menghasilkan ekoenzim daripada sisa buah-buahan sebagai agen pembersih. 2. Mengitar semula sisa dapur dan sisa makanan untuk menghasilkan baja semula jadi atau penggalak pertumbuhan tanaman. 3. Menghasilkan biogas daripada sisa pepejal organik. 4. Menghasilkan baja daripada kulit pisang untuk dijadikan bahan pembuatan bioplastik semula jadi. Di bahagian bawah terdapat logo ‘Pandai’.
 
Aplikasi Sains Sosial untuk Menyelesaikan Masalah dan Cabaran Alam Sekitar
  • Bidang sains sosial menggunakan kaedah saintifik untuk mengkaji bidang Kemanusiaan.
  • Salah satu cabang dalam bidang sains sosial ialah pendidikan. Dalam Rancangan Malaysia Ketiga, penekanan terhadap Pendidikan Alam Sekitar diperkenalkan dalam sistem pendidikan Malaysia.
  • Pendidikan Alam Sekitar bertujuan untuk membentuk satu generasi penduduk yang sedar dan mengambil berat terhadap keadaan alam sekitar serta masalah-masalah alam sekitar.
  • Objektif pendidikan alam sekitar:
    • Meningkatkan kesedaran individu dan masyarakat terhadap keadaan alam sekitar dan masalahnya.
    • Memberikan pengetahuan kepada individu dan masyarakat tentang alam sekitar, masalah serta peranan dan tanggungjawab setiap individu.
    • Memperoleh kemahiran untuk menyelesaikan masalah alam sekitar.
    • Mengambil berat tentang alam sekitar dan sanggup melindungi dan memajukan alam sekitar.
  • Komunikasi juga merupakan cabang dalam bidang Sains Sosial yang memainkan peranan penting dalam menyelesaikan masalah dan cabaran alam sekitar melalui penggunaan media massa, risalah, majalah, poster dan filem.
  • Pelbagai aktiviti dijalankan untuk menggalakkan orang ramai menjaga alam sekitar.
  • Sebagai contohnya, kempen menggalakkan penduduk mengurangkan penebangan pokok, kempen kesedaran untuk memelihara sumber air dan tanah, aktiviti gotong-royong secara besar-besaran di kawasan perumahan, sekolah, taman rekreasi dan pantai serta pertandingan kebersihan dan keceriaan taman di sekolah atau di halaman rumah.