Jenis dan Kemajuan Pengangkutan di Asia

 

Sesetengah negara-negara di Asia telah mengalami kemajuan perkembangan sistem pengangkutan yang canggih, efisien dan bertaraf dunia di negara mereka. Sistem pengangkutan ini memberikan pelbagai kesan terutamanya kesan positif, namun terdapat juga kesan negatif yang wujud hasil daripada perkembangan sistem pengangkutan ini.

 
8.1 Jenis Pengangkutan di Asia
 
1.  Pengangkutan di Asia dibina untuk memberi kemudahan mobiliti kepada penduduk.
 
2.  Dengan adanya pengangkutan maka perkembangan ekonomi dapat dipertingkatkan di sesebuah negara Asia.
 
3.  Terdapat tiga jenis pengangkutan di Asia iaitu pengangkutan darat, air dan udara.
 
Pengangkutan darat
 
Landasan kereta api utama di Asia
 
1.  Landasan Kereta Api India
 
  • Mempunyai jaringan landasan kereta api yang terbanyak di dunia.
  • Panjang landasan kereta api ini kira-kira \(66\, 687\) km.
 
2.  Landasan Kereta Api Trans-Siberian
 
  • Landasan kereta api yang panjang iaitu dari Moscow hingga Vladivostok.
  • Panjang landasannya  kira-kira \(9\,288 \) km.
 
3.  Landasan Kereta Api Shinkansen
 
  • Merupakan jaringan paling cekap di Jepun.
  • Pengangkutan kereta api berkelajuan tinggi (bullet train) iaitu \(320\) km/j.
 
4.  Kereta api berkelajuan tinggi di Korea Selatan
 
  • Berkelajuan \(350\) km/j.
  • Panjang landasan Suseo (\(61.1\) km), Wonju-Gangneung (\(120.7\) km), Honam (\(182.3\) km) dan Gyeongbu (\(417.4\) km).
 
5.  Landasan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Beijing - Shanghai
 
  • Berkelajuan \(250\) km/j - \(300\) km/j menyebabkan masa perjalanan antara Beijing ke Shanghai dapat dipendekkan.
 
Pengangkutan Udara
 
Landasan terbang utama di Asia
 
1.  Lapangan Terbang Antarabangsa Domodedovo Moscow
 
  • Merupakan salah satu hub penerbangan terbesar di Rusia.
  • Lapangan terbang ini mengendalikan penumpang seramai \(28.5\) juta orang penumpang (2016).
 
2.  Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai
 
  • Lapangan terbang ini tersibuk di dunia.
  • Telah mengendalikan seramai \(83.6\) juta orang penumpang (2016).
 
3.  Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
 
  • Merupakan salah satu hab penerbangan utama di Asia Tenggara.
  • Telah mengendalikan seramai \(52.6\) juta orang penumpang (2016).
 
4.  Lapangan Terbang Antarabangsa Changi
 
  • Lapangan terbang ini ialah terbaik di dunia.
  • Telah mengendalikan seramai \(58.7\) juta orang penumpang (2016).
 
5. Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong
 
  • Lapangan terbang ini dibina di atas kawasan laut yang ditambak.
  • Telah mengendalikan seramai \(70.5\) juta orang penumpang (2016).
 
6.  Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo
 
  • Salah satu lapangan terbang utama di Greater Tokyo.
  • Telah mengendalikan lebih  \(80\) juta orang penumpang (2016).
 
7.  Lapangan Terbang Antarabangsa Chengdu
 
  • Menjadi hub penerbangan terbesar di tengah dan barat China.
  • Telah mengendalikan seramai \(46.0\) juta orang penumpang (2016).
 
Pengangkutan Air
 
Pelabuhan Utama di Asia
 
1.  Pelabuhan Jawaharlal
 
  • Pelabuhan kontena terbesar di India.
  • Mengendalikan 55 peratus daripada jumlah kontena yang terdapat di pelabuhan-pelabuhan utama di India.
 
2.  Pelabuhan Tokyo
 
  • Merupakan pelabuhan yang mengendalikan pengurusan barangan runcit, makanan kertas, bahan binaan dan lain-lain untuk keperluan industri setempat dan penduduk.
 
3.  Pelabuhan Hong Kong
 
  • Salah satu pelabuhan yang tersibuk di dunia.
  • Merupakan antara pelabuhan yang terletak di lokasi strategik dan terlindung daripada bencana alam.
  • Pelabuhan ini membuat pengendalian dengan lebih efisien dan sistematik.
 
4.  Pelabuhan Singapura
 
  • Pelabuhan yang mengendalikan separuh. daripada keluaran minyak mentah dunia.
  • Mampu menampung kira-kira 1 000 kapal kontena pada satu-satu masa.
 
8.2 Kemajuan Pengangkutan di Asia
 
1.   Kemajuan pengangkutan di Asia telah dapat dibuktikan melalui: 
 
Penciptaan Jaringan Landasan Kereta Api Shinkansen di Jepun
 
  • Efisien dan berteknologi tinggi.
  • Menghubungkan empat pulau utama iaitu Hokkaido, Honshu dan Kyushu.
  • Laluannya melibatkan bandar-bandar metropolitan seperti Tokyo - Nagoya - Kyoto -Osaka.
  • Berupaya bergerak lebih 300 km.
 
Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai
 
  • Merupakan lapangan terbang yang tersibuk dan termoden di dunia.
  • Terdiri daripada tiga terminal yang mampu menampung 90 juta penumpang dalam setahun.
  • Merupakan hab penerbangan yang ketiga terbesar di dunia selepas Beijing dan Atlanta.
 
Pelabuhan Hong Kong
 
  • Merupakan pelabuhan yang masyhur, tersibuk dan penting di rantau Asia Tenggara dan Asia Timur.
  • Pelabuhan ini terletak di laluan perdagangan dunia.
  • Merupakan pencetus kepada pembangunan Hong Kong.
  • Mengendalikan pemunggahan kontena di tengah laut.
 
8.3 Kesan Pengangkutan Terhadap Masyarakat, Ekonomi dan Alam Sekitar di Asia 
 
Terdapat kesan yang timbul terhadap masyarakat, ekonomi dan alam sekitar disebabkan oleh perkembangan jaringan pengangkutan di Asia.
 
1.  Kesan kepada masyarakat
 
  • Meningkatkan darjah ketersampaian.
  • Kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan.
  • Membuka banyak peluang pekerjaan.
  • Masa perjalanan dapat dipendekkan.
 
2.  Kesan kepada ekonomi
 
  • Perniagaan domestik dan antarabangsa dapat dikembangkan.
  • Pelbagai sektor ekonomi dapat dimajukan.
  • Berlakunya pertukaran nilai mata wang asing.
  • Pusat rekreasi dan hotel bertaraf antarabangsa dapat dibina.
 
3.  Kesan kepada alam sekitar
 
Kesan positif
 
  • Mengurangkan pencemaran udara.
  • Perubahan landskap yang menarik.
 
Kesan negatif
 
  • Pencemaran air disebabkan tumpahan minyak di laut.
  • Kemusnahan hutan secara besar-besaran.